Monday, 30 April 2012

Tips Penjimatan Tenaga Dengan Menjadi Pengguna Yang Bijak dari FOMCA

 http://my.88db.com


Selain berjimat cermat dalam berbelanja, jangan dilupa bahawa tenaga juga perlu dijimatkan. Tenaga yang dimaksudkan kat sini bukanlah kudrat anda. Tapi, penggunaan tenaga baik di rumah mahupun di pejabat. Dulu pun saya pernah tulis mengenai tip jimat elektrik. Jadi, topik 10 cara mudah jimat tenaga bolehlah dianggap sebagai kesinambungan info tersebut. :)


Gambar - ffaircond.com


1. Jika anda berhajat memasang penyaman udara, pastikan anda pilih saiz yang bersesuaian. Ini bagi memastikan anda menggunakannya secara lebih efisien serta tak membazirkan tenaga.

2. Sila set kawalan kipas penyaman udara daripada "auto" kepada "on". Ia kerana pengaliran udara yang sekata penting untuk menstabilkan suhu bilik.

3. Tetapkan suhu penyaman udara antara 24 - 26 darjah Celsius (C). Kalau terasa panas sangat, set suhu pada 24 darjah C. Jika cuaca redup atau hujan, boleh set pada suhu 26 darjah C. Kalau nak lagi jimat, tak payahlah "on" ketika hujan.

4. Kalau anda guna pemanas air pula, tetapkan suhunya antara rendah dengan sederhana. Ia dapat jimat tenaga gak.

5. Segerakan memperbaiki sebarang kebocoran paip. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan peralatan pemanas air.





6. Mandi dengan menggunakan air pancur lebih menjimatkan berbanding berendam di dalam tab mandi, jakuzi ataupun kolam.

7. Semasa anda memasak, tutuplah periuk atau kuali tu. Ia dapat menjimatkan masa memasak.

8. Pada musim panas atau cuaca cerah, elakkan penggunaan pengering mesin basuh. Cahaya matahari mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini kerana selain menjimatkan elektrik, sinaran ultraviolet yang ada padanya mampu membunuh kuman.

9. Cabut semua plug peralatan elektrik jika dah selesai menggunakannya. Sebabnya, peralatan seperti tv dan komputer tetap akan menyerap tenaga walaupun suisnya dah dipadamkan.

10. Sekiranya dinding rumah atau pejabat anda tak ditebat, jadikan perkakas yang agak berat macam rak buku atau sofa sebagai pengganti. Susun elok-elok perkakas tadi di sekitar ruangan tersebut bagi mencegah kemasukan haba daripada luar serta kehilangan kesejukam dari dalam bangunan.





Itulah langkah-langkah untuk menjimatkan tenaga yang boleh anda laksanakan. Baik ketika berada di rumah mahupun di pejabat. Kat memana pun boleh jimat kalau anda nak! :D

SUMBER: http://jom-jimat.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment