Thursday, 26 April 2012

AMAL KECEKAPAN TENAGA

DEMI KELESTARIAN dan kemampanan bagi mencapai Kampus sejahtera 

 http://dev.eng.usm.my/kecekapanTenaga.html

 

Menjana Kecekapan Tenaga sebagai Amalan Warga Kampus

Apa yang kita idamkan sebagai warga kampus?

Mencapai kualiti hidup dalam kampus yang sejahtera dengan mengutamakan serta mengamalkan kemampanan dan kelestarian.

Apa faedah kecekapan tenaga?

Jika kita urus kecekapan tenaga (energy efficiency) maka kita
  • Menjimat tenaga
  • Menjimat kos tenaga
  • Mengurangkan fossil fuel depletion
  • Mengelak impak emission berbahaya kepada alam sekitar

Apa yang boleh kita sama-sama lakukan?

Merubah dan mengekalkan tabiat yang peka alam sekitar dan gaya hidup ke arah penggunaan tenaga yang positif dan berhemah.
Usaha berterusan bagi menambahkan kesedaran dan meningkatkan tindakan proaktif bagi cekap menggunakan tenaga.

Apa tindakan yang mungkin boleh kita lakukan?

Sistem Hawa Dingin amat berkesan bagi menyaman udara dan memberi keselesaan di negara kita yang mempunyai cuaca tropik, hangat dan lembab. Namun, penghawa dingin merupakan punca terbesar penggunaan tenaga di kampus.
Tindakan proaktif:
  • Pengurangan penggunaan sistem hawa dingin, menyokong pengurangan waktu operasi hawa dingin, membiasakan dengan suhu bilik sekitar 24°C yang mencapai zon keselesaan dan menutup suis penyaman udara jika tidak menggunakan ruang berkenaan.
Lampu atau pencahayaan elektrik adalah punca kedua terbesar penggunaan tenaga dalam kampus. Lampu juga menjanakan haba yang perlu dinyamankan melalui sistem penghawa dingin.
Tindakan proaktif:
  • Membuka lampu yang perlu sahaja di ruang berkenaan yang ingin digunakan.
  • Menutup suis apabila tidak menggunakan ruang berkenaan.
  • Membiasakan dengan penggunaan lampu jenis rendah tenaga dan mencapai kecerahan standard.
Alat dan kelengkapan elektrik dan mekanikal banyak digunakan dan dimanfaatkan di kampus yang moden ini dan terdapat pelbagai jenis dari yang mudah dan kecil hingga kepada yang berat serta canggih. Semuanya perlu di urus dengan cekap supaya manfaatnya berkekalan untuk semua.
Tindakan proaktif:
  • Pilih peralatan yang menjimat tenaga (lihat label dan spesifikasinya)
  • Pilih motor yang mempunyai kecekapan tinggi.
  • Menutup suis apabila tidak menggunakan alat berkenaan.
  • Menyelenggara alat dengan baik.



No comments:

Post a Comment