Sumber: Harian Metro
Berapa banyakkah penggunaan elektrik di Malaysia oleh
kira-kira 27.4 juta penduduknya seharian untuk menonton televisyen,
melayari internet menggunakan komputer, menyejukkan minuman melalui peti
sejuk atau menyegarkan badan di bawah aliran penyaman udara?
Selain persoalan itu, timbul lagi pertanyaan yang
menggusarkan kepala iaitu berapa banyak tenaga yang dibazirkan melalui
penyalahgunaan elektrik, terbebas tanpa kawalan?
Justeru, masyarakat perlu
faham keperluan tenaga amat penting dalam kitaran kehidupan manusia
apatah lagi ia bersangkut paut dengan pemanasan global yang menjadi isu
hangat seluruh penduduk dunia.
Tenaga didefinasikan sebagai kebolehan dan keupayaan
sistem untuk bergerak (mengikut definisi Greek) manakala difinisi
standard ialah keupayaan melakukan kerja seperti menggerakkan kereta
atau menghidupkan monitor. Kita harus memfokuskan tenaga yang dihasilkan
melalui elektrik kerana ia sumber utama di negara ini dibekalkan Tenaga
Nasional Berhad (TNB) digerakkan dengan hidro atau haba (arang batu,
minyak atau gas asli).
Perkakas elektrik yang menggunakan tenaga paling tinggi di rumah
Menurut Pengurus Kerja Aktiviti Universiti, Pusat
Pendidikan Latihan dan Penyelidikan Pembaharuan serta Kecekapan Tenaga,
Prof Madya Dr Haslan Abu Hassan, persoalan mengenai perbelanjaan wang
ringgit dibangkitkan jika berbincang mengenai kecekapan tenaga.”Sebagai
contoh, sebenarnya lampu pijar yang dibeli memiliki kecekapan tenaga
rendah iaitu lima peratus. Ini kerana daripada jumlah RM10 dibelanjakan
untuk sebiji lampu itu, hanya 50 sen menukarnya menjadi cahaya sementara
RM9.50 lagi hanya memanaskan rumah akibat pembebasan tenaga,” kata Dr
Haslan.
Tahap kecekapan tenaga diukur melalui kualiti
penggunaan serta “input” tenaga, di sinilah kecekapan dapat dilihat
seterusnya menjawab persoalan adakah kita melakukan penjimatan tenaga
atau tidak. Kecekapan tenaga juga merujuk kepada produk atau sistem
menggunakan tenaga yang kurang atau lebih berbanding produk atau sistem
biasa melakukan kerja.
Kecekapan tenaga elektrik memberi kebaikan dalam
kehidupan manusia merangkumi pelbagai perkara termasuk mengelakkan
pembaziran dan perkakasan kos efektif demi masa depan tenaga yang lebih
cemerlang. Ia mampu mengurangkan keperluan pelaburan dalam prasarana,
menjimatkan kos minyak, meningkatkan daya saing dan memperbaharui
kebajikan pengguna. Alam sekitar juga turut terjamin apabila gas rumah
hijau berjaya dikekang selain masalah pencemaran udara dapat diatasi.
Mengikut konteks Malaysia, kecekapan tenaga mengurangkan bil di rumah yang kerap dibazirkan sama ada disedari atau tidak.
Fakta disumbangkan oleh Dr. Haslan.
No comments:
Post a Comment