Friday, 27 April 2012

Definisi Pengurusan Tenaga

Pengurusan tenaga adalah aktiviti pengurusan dan teknikal yang mengawal
penggunaan tenaga di dalam organisasi bagi memastikan penggunaan tenaga yang cekap
bagi tujuan penjimatan kos tanpa menjejaskan fungsi bangunan, keselesaan pengguna
dan produktiviti. Ia juga adalah aktiviti berterusan dan mempunyai sasaran berperingkat
serta memberikan manfaat berterusan kepada organisasi


 Pengurusan tenaga juga didefinisikan sebagai penggunaan untuk mentadbir fungsi-fungsi
kejuruteraan, pengiraan pembelian dan urusan kewangan bagi penggunaan tenaga
sesebuah sistem. Sistem pengurusan tenaga akan dapat mengurangkan masa operasi,
mengoptimumkan pekerjaan dan mengawal operasi alat-alat kelengkapan.Secara umumnya pengurusan dapat mengurangkan penggunaan semua punca-punca
tenaga dan mengawal atau mengurangkan kos tenaga.

No comments:

Post a Comment