Monday 30 April 2012

Tips Penjimatan Tenaga Dengan Menjadi Pengguna Yang Bijak dari FOMCA

 http://my.88db.com


Selain berjimat cermat dalam berbelanja, jangan dilupa bahawa tenaga juga perlu dijimatkan. Tenaga yang dimaksudkan kat sini bukanlah kudrat anda. Tapi, penggunaan tenaga baik di rumah mahupun di pejabat. Dulu pun saya pernah tulis mengenai tip jimat elektrik. Jadi, topik 10 cara mudah jimat tenaga bolehlah dianggap sebagai kesinambungan info tersebut. :)


Gambar - ffaircond.com


1. Jika anda berhajat memasang penyaman udara, pastikan anda pilih saiz yang bersesuaian. Ini bagi memastikan anda menggunakannya secara lebih efisien serta tak membazirkan tenaga.

2. Sila set kawalan kipas penyaman udara daripada "auto" kepada "on". Ia kerana pengaliran udara yang sekata penting untuk menstabilkan suhu bilik.

3. Tetapkan suhu penyaman udara antara 24 - 26 darjah Celsius (C). Kalau terasa panas sangat, set suhu pada 24 darjah C. Jika cuaca redup atau hujan, boleh set pada suhu 26 darjah C. Kalau nak lagi jimat, tak payahlah "on" ketika hujan.

4. Kalau anda guna pemanas air pula, tetapkan suhunya antara rendah dengan sederhana. Ia dapat jimat tenaga gak.

5. Segerakan memperbaiki sebarang kebocoran paip. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan peralatan pemanas air.





6. Mandi dengan menggunakan air pancur lebih menjimatkan berbanding berendam di dalam tab mandi, jakuzi ataupun kolam.

7. Semasa anda memasak, tutuplah periuk atau kuali tu. Ia dapat menjimatkan masa memasak.

8. Pada musim panas atau cuaca cerah, elakkan penggunaan pengering mesin basuh. Cahaya matahari mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini kerana selain menjimatkan elektrik, sinaran ultraviolet yang ada padanya mampu membunuh kuman.

9. Cabut semua plug peralatan elektrik jika dah selesai menggunakannya. Sebabnya, peralatan seperti tv dan komputer tetap akan menyerap tenaga walaupun suisnya dah dipadamkan.

10. Sekiranya dinding rumah atau pejabat anda tak ditebat, jadikan perkakas yang agak berat macam rak buku atau sofa sebagai pengganti. Susun elok-elok perkakas tadi di sekitar ruangan tersebut bagi mencegah kemasukan haba daripada luar serta kehilangan kesejukam dari dalam bangunan.





Itulah langkah-langkah untuk menjimatkan tenaga yang boleh anda laksanakan. Baik ketika berada di rumah mahupun di pejabat. Kat memana pun boleh jimat kalau anda nak! :D

SUMBER: http://jom-jimat.blogspot.com/


KONSEP RUMAH HIJAU
Kesan rumah hijau merujuk kepada
pemerangkapan bahangan matahari oleh
Lapisan selimut karbon dioksida yang
Terbentuk di ruang atmosfera.

Punca-punca rumah hijau
Aktiviti perindustrian
Aktiviti pengangkutan
Aktiviti penyahutanan
Pembakaran terbuka 
Pertanian pindah
Urbanisasi
Kesan-kesan rumah hijau
@Peningkatan suhu dunia
@Perubahan cuaca yang melampau
@Peningkatan aras laut akibat pencaiaran
glasier dan pemanasan global
@Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera
@Peningkatan emisi gas-gas hijau di negara
yang sedang membangun
@Penipisan lapisan ozon
@Menganggu kitar semulajadi
@Pecemaran alam sekitar
@Menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan
@Merosakkan habitat flora dan fauna
Langkah-langkah menangani
Rumah Hijau
Mengurangkan aktiviti pembalakan
Mewujudkan kawasan tadahan hujan
Menggiatkan usaha penanaman semula
Menguatkuasakan undang-undang dalam
Pengeluaran asap dan sisa toksik industri
Menggunakan petrol tanpa plumbum
Mengurangkan penggunaan produk yang
mengandungi cfc
Berkonsi kenderaan

PENJIMATAN TENAGA

 {diambil dari google imej}

penjimatan tenaga???
penjimatan tenaga dilakukan bertujuan untuk menggalakkan menggunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga ,menggalakkan amalan penjimatan tenaga elektrik ,memupuk kesedaran tentang kepentingan penjimatan tenaga meningkatkan sumbangan ke arah pengurangan pemanasan global



TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI DAN TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI ... bah. 1

(‘Renewable and Non – Renewable Energy’)    sumber:  http://imzaroncikgusains.blogspot.com/

Sumber – sumber tenaga boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :
(‘Energy sources are of two types’)

A) Sumber tenaga yang boleh diperbaharui (‘Renewable energy’)
B) Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui (‘Non-renewable energy’)

Sumber – sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui bermakna ia tidak boleh diganti dalam jangka masa yang singkat. Sebaliknya, sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar dan angin boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat.
(‘Energy sources are considered non-renewable if they cannot be replenished (made again) in a short period of time. On the other hand, renewable energy sources such as solar and wind can be replenished naturally in a short period of time.’)

TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI (‘Renewable Energy’)

Sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga ini akan kekal selamanya walaupun kita berterusan menggunakannya.
(‘Renewable energy sources can be replenished naturally in a short period of time. This energy should last forever even if we keep using it.’)

Sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah tenaga suria atau solar, tenaga angin, tenaga air atau kuasa hidro dan bahan bakar biojisim. Kebanyakan sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini digunakan untuk menghasilkan arus elektrik.
(‘Renewable energy sources including solar, wind, hydropower and biomass. Most renewable energy goes to producing electricity.’)

Tidak seperti bahan bakar fosil, sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang bukan berasaskan biojisim (kuasa hidro, angin dan suria) tidak menghasilkan secara langsung gas – gas rumah hijau.
(‘Unlike fossil fuels, non-biomass renewable sources of energy (hydropower, wind, and solar) do not directly emit greenhouse gases.’)

.

 

Friday 27 April 2012

Definisi Pengurusan Tenaga

Pengurusan tenaga adalah aktiviti pengurusan dan teknikal yang mengawal
penggunaan tenaga di dalam organisasi bagi memastikan penggunaan tenaga yang cekap
bagi tujuan penjimatan kos tanpa menjejaskan fungsi bangunan, keselesaan pengguna
dan produktiviti. Ia juga adalah aktiviti berterusan dan mempunyai sasaran berperingkat
serta memberikan manfaat berterusan kepada organisasi


 Pengurusan tenaga juga didefinisikan sebagai penggunaan untuk mentadbir fungsi-fungsi
kejuruteraan, pengiraan pembelian dan urusan kewangan bagi penggunaan tenaga
sesebuah sistem. Sistem pengurusan tenaga akan dapat mengurangkan masa operasi,
mengoptimumkan pekerjaan dan mengawal operasi alat-alat kelengkapan.Secara umumnya pengurusan dapat mengurangkan penggunaan semua punca-punca
tenaga dan mengawal atau mengurangkan kos tenaga.

Jimat Tenaga, Selamat Alam Sekitar

Posted: 19 Mac 2008 in Elektrik, Technical
3
Sumber: Harian Metro
Berapa banyakkah penggunaan elektrik di Malaysia oleh kira-kira 27.4 juta penduduknya seharian untuk menonton televisyen, melayari internet menggunakan komputer, menyejukkan minuman melalui peti sejuk atau menyegarkan badan di bawah aliran penyaman udara?
Selain persoalan itu, timbul lagi pertanyaan yang menggusarkan kepala iaitu berapa banyak tenaga yang dibazirkan melalui penyalahgunaan elektrik, terbebas tanpa kawalan?

Pecahan perkakasan elektrik rumah
Justeru, masyarakat perlu faham keperluan tenaga amat penting dalam kitaran kehidupan manusia apatah lagi ia bersangkut paut dengan pemanasan global yang menjadi isu hangat seluruh penduduk dunia.
Penggunaan Elektrik Domestik
Tenaga didefinasikan sebagai kebolehan dan keupayaan sistem untuk bergerak (mengikut definisi Greek) manakala difinisi standard ialah keupayaan melakukan kerja seperti menggerakkan kereta atau menghidupkan monitor. Kita harus memfokuskan tenaga yang dihasilkan melalui elektrik kerana ia sumber utama di negara ini dibekalkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) digerakkan dengan hidro atau haba (arang batu, minyak atau gas asli).
petisejuk.jpg
aircond1.jpg

Perkakas elektrik yang menggunakan tenaga paling tinggi di rumah

Menurut Pengurus Kerja Aktiviti Universiti, Pusat Pendidikan Latihan dan Penyelidikan Pembaharuan serta Kecekapan Tenaga, Prof Madya Dr Haslan Abu Hassan, persoalan mengenai perbelanjaan wang ringgit dibangkitkan jika berbincang mengenai kecekapan tenaga.”Sebagai contoh, sebenarnya lampu pijar yang dibeli memiliki kecekapan tenaga rendah iaitu lima peratus. Ini kerana daripada jumlah RM10 dibelanjakan untuk sebiji lampu itu, hanya 50 sen menukarnya menjadi cahaya sementara RM9.50 lagi hanya memanaskan rumah akibat pembebasan tenaga,” kata Dr Haslan.
Tahap kecekapan tenaga diukur melalui kualiti penggunaan serta “input” tenaga, di sinilah kecekapan dapat dilihat seterusnya menjawab persoalan adakah kita melakukan penjimatan tenaga atau tidak. Kecekapan tenaga juga merujuk kepada produk atau sistem menggunakan tenaga yang kurang atau lebih berbanding produk atau sistem biasa melakukan kerja.
Kecekapan tenaga elektrik memberi kebaikan dalam kehidupan manusia merangkumi pelbagai perkara termasuk mengelakkan pembaziran dan perkakasan kos efektif demi masa depan tenaga yang lebih cemerlang. Ia mampu mengurangkan keperluan pelaburan dalam prasarana, menjimatkan kos minyak, meningkatkan daya saing dan memperbaharui kebajikan pengguna. Alam sekitar juga turut terjamin apabila gas rumah hijau berjaya dikekang selain masalah pencemaran udara dapat diatasi.
Mengikut konteks Malaysia, kecekapan tenaga mengurangkan bil di rumah yang kerap dibazirkan sama ada disedari atau tidak.
Fakta disumbangkan oleh Dr. Haslan.
Penakrifan Tenaga


Menurut Baharudin Yatim (1989) tenaga ditakrifkan sebagai satu objek
apabila digerakkan dengan keadaan melawan daya yang menentang sesuatu
pergerakkan maka ia menunjukkan suatu kerja sedang dilakukan. Maka tenaga
digunakan oleh objek tersebut dalam melaksanakan kerja yang dilakukan. Oleh yang
demikian seseorang yang boleh melaksanakan sesuatu kerja yang berat dikatakan
mempunyai banyak tenaga. Tenaga juga ditakrifkan sebagai suatu kuantiti yang
memberikan kemampuan untuk melakukan sesuatu kerja.
Definisi Kecekapan Tenaga

Menurut Kamus Dewan (1970) menyatakan kecekapan adalah berkelayakan
atau berkebolehan. Manakala tenaga adalah kekuatan, daya, energi, gerakan, harkat,
upaya, pengaruh, kuasa, kegiatan, larat, riang, kudrat, reng, kadar, kesanggupan,
kesediaan dan kemampuan. Chamber’s 20th Century Dictionary (2006) pula
mendefinisikan tenaga sebagai kuasa melaksanakan kerja.


Manakala menurut CETREE (2006) kecekapan tenaga bermaksud
penggunaan tenaga secara cekap. Oleh itu kecekapan tenaga ditafsir sebagai
kebolehan menggunakan tenaga secara cekap tanpa mengurangkan tahap keselesaan
dan keperluan pada tahap sewajarnya. Tafsiran ini perlu sebagai perbezaan untuk
definisi penjimatan tenaga yang turut membawa maksud yang sama tetapi berlainan
dari segi aplikasi perlaksanaannya.
PENJIMATAN TENAGA


DEFINISI

E=mc²

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Arca formula Einstein E=mc² di Jerman
E=mc² atau secara penuhnya Kesetaraan jisim-tenaga[1] (bahasa Inggeris: Mass-energy equivalence) ialah satu konsep yang dipopularkan oleh Albert Einstein. Konsep ini membawa maksud bahawa semua jisim setara dengan tenaga dan semua tenaga setara dengan jisim. Ini dapat diungkap mengikut formula kerelatifan khas kesetaraan jisim-tenaga.
E = mc²
yang mana
Persamaan ini sering dianggap berpunca dari Albert Einstein yang membentangkannya dalam Kertas kerja Annus Mirabilis pada 1905, walaupun Einstein bukan orang pertama yang mencadangkan hubungan antara jisim dan tenaga.
Dalam formula ini, c² ialah faktor kesetaraan yang diperlukan untuk mengubah unit kuantiti untuk kepada unit tenaga.

Penjimatan jisim dan tenaga

Konsep kesetaraan jisim-tenaga merupakan konsep mengubah penjimatan jisim dan penjimatan tenaga. Ini membolehkan jisim diubah kepada sejenis tenaga aktif (seperti dalam tenaga kinetik, haba, atau cahaya) walaupun masih kekal sebagai jisim

Thursday 26 April 2012

AMAL KECEKAPAN TENAGA

DEMI KELESTARIAN dan kemampanan bagi mencapai Kampus sejahtera 

 http://dev.eng.usm.my/kecekapanTenaga.html

 

Menjana Kecekapan Tenaga sebagai Amalan Warga Kampus

Apa yang kita idamkan sebagai warga kampus?

Mencapai kualiti hidup dalam kampus yang sejahtera dengan mengutamakan serta mengamalkan kemampanan dan kelestarian.

Apa faedah kecekapan tenaga?

Jika kita urus kecekapan tenaga (energy efficiency) maka kita
  • Menjimat tenaga
  • Menjimat kos tenaga
  • Mengurangkan fossil fuel depletion
  • Mengelak impak emission berbahaya kepada alam sekitar

Apa yang boleh kita sama-sama lakukan?

Merubah dan mengekalkan tabiat yang peka alam sekitar dan gaya hidup ke arah penggunaan tenaga yang positif dan berhemah.
Usaha berterusan bagi menambahkan kesedaran dan meningkatkan tindakan proaktif bagi cekap menggunakan tenaga.

Apa tindakan yang mungkin boleh kita lakukan?

Sistem Hawa Dingin amat berkesan bagi menyaman udara dan memberi keselesaan di negara kita yang mempunyai cuaca tropik, hangat dan lembab. Namun, penghawa dingin merupakan punca terbesar penggunaan tenaga di kampus.
Tindakan proaktif:
  • Pengurangan penggunaan sistem hawa dingin, menyokong pengurangan waktu operasi hawa dingin, membiasakan dengan suhu bilik sekitar 24°C yang mencapai zon keselesaan dan menutup suis penyaman udara jika tidak menggunakan ruang berkenaan.
Lampu atau pencahayaan elektrik adalah punca kedua terbesar penggunaan tenaga dalam kampus. Lampu juga menjanakan haba yang perlu dinyamankan melalui sistem penghawa dingin.
Tindakan proaktif:
  • Membuka lampu yang perlu sahaja di ruang berkenaan yang ingin digunakan.
  • Menutup suis apabila tidak menggunakan ruang berkenaan.
  • Membiasakan dengan penggunaan lampu jenis rendah tenaga dan mencapai kecerahan standard.
Alat dan kelengkapan elektrik dan mekanikal banyak digunakan dan dimanfaatkan di kampus yang moden ini dan terdapat pelbagai jenis dari yang mudah dan kecil hingga kepada yang berat serta canggih. Semuanya perlu di urus dengan cekap supaya manfaatnya berkekalan untuk semua.
Tindakan proaktif:
  • Pilih peralatan yang menjimat tenaga (lihat label dan spesifikasinya)
  • Pilih motor yang mempunyai kecekapan tinggi.
  • Menutup suis apabila tidak menggunakan alat berkenaan.
  • Menyelenggara alat dengan baik.



KECEKAPAN TENAGA…ADAKAH ANDA KETAHUI MAKSUD SEBENAR?? PDF Print E-mail
Written by Mohana Priya   
Monday, 31 January 2011 10:22
Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga.

Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga.

Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.

Label cekap tenaga ini bertujuan memberi maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga.

Bintang pada label cekap tenaga ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam  menjimatkan tenaga.

Label yang mempunyai  taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga  yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.

Setakat ini label tersebut boleh didapati pada barang elektrik tertentu seperti peti sejuk, pendingin hawa, televisyen dan kipas angin.

Pengguna boleh membuat pilihan dengan melihat kepada taraf bintang pada barang elektrik tersebut. Label ini juga boleh membantu pengguna  membuat perbandingan antara satu barang dengan barang yang lain.

Pengiraan kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk ditentukan melalui kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga.

Proses pengujian tersebut dijalankan oleh pihak SIRIM. Sekiranya pengujian tersebut lulus, maka Suruhanjaya Tenaga akan memberi pengiktirafan label kecekapan tenaga berdasarkan  taraf 1 hingga 5 bintang.

Standard adalah satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.

Di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal Performance of Household and Similar Electrical Appliances telah ditubuhkan bertujuan membangunkan standard berkaitan dengan kecekapan tenaga. Standard ini bertujuan menghasilkan barangan elektrik bagi kegunaan isi rumah yang cekap tenaga. 

Dokumen MS (Malaysian Standard) yang sedang dibangunkan ini akan membantu industri dan pengeluar untuk mematuhi ciri-ciri dan kriteria tertentu yang ditetapkan

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia
KECEKAPAN TENAGA…ADAKAH ANDA KETAHUI MAKSUD SEBENAR??

 Written by Mohana Priya

 












Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga.

Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga.

Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.



Label cekap tenaga ini bertujuan memberi maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga.

Bintang pada label cekap tenaga ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam  menjimatkan tenaga.

Label yang mempunyai  taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga  yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.

Setakat ini label tersebut boleh didapati pada barang elektrik tertentu seperti peti sejuk, pendingin hawa, televisyen dan kipas angin.

Pengguna boleh membuat pilihan dengan melihat kepada taraf bintang pada barang elektrik tersebut. Label ini juga boleh membantu pengguna  membuat perbandingan antara satu barang dengan barang yang lain.

Pengiraan kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk ditentukan melalui kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga.

Proses pengujian tersebut dijalankan oleh pihak SIRIM. Sekiranya pengujian tersebut lulus, maka Suruhanjaya Tenaga akan memberi pengiktirafan label kecekapan tenaga berdasarkan  taraf 1 hingga 5 bintang.

Standard adalah satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.

Di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal Performance of Household and Similar Electrical Appliances telah ditubuhkan bertujuan membangunkan standard berkaitan dengan kecekapan tenaga. Standard ini bertujuan menghasilkan barangan elektrik bagi kegunaan isi rumah yang cekap tenaga. 

Dokumen MS (Malaysian Standard) yang sedang dibangunkan ini akan membantu industri dan pengeluar untuk mematuhi ciri-ciri dan kriteria tertentu yang ditetapkan

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia




Tenaga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tenaga di dalam fizik merupakan suatu kuantiti skalar yang menerangkan jumlah kerja yang dapat dilakukan oleh sesebuah daya dan juga merupakan sejenis ciri pada objek dan sistem yang menuruti sebuah Hukum Keabadian. Jenis-jenis tenaga termasuklah tenaga kinetik, keupayaan, haba, graviti, bunyi, cahaya, elastik dan elektromagnetik.


Unit

Unit SI bagi tenaga ialah joule, J, sempena nama James Prescott Joule. 1 joule bersamaan dengan 1 Newton-meter.


Prinsip Keabadian Tenaga

Mengikut Prinsip Keabadian, tenaga tidak boleh hilang atau dimusnahkan tetapi ia boleh di tukar kepada bentuk yang lain.

Tenaga?????

Tenaga

(Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.)

 Tenaga di dalam fizik merupakan suatu kuantiti skalar yang menerangkan jumlah kerja yang dapat dilakukan oleh sesebuah daya dan juga merupakan sejenis ciri pada objek dan sistem yang menuruti sebuah Hukum Keabadian. Jenis-jenis tenaga termasuklah tenaga kinetik, keupayaan, haba, graviti, bunyi, cahaya, elastik dan elektromagnetik

 

Unit

 Unit SI bagi tenaga ialah joule, J, sempena nama James Prescott Joule. 1 joule bersamaan dengan 1 Newton-meter.

 

 

Prinsip Keabadian Tenaga

 Mengikut Prinsip Keabadian, tenaga tidak boleh hilang atau dimusnahkan tetapi ia boleh di tukar kepada bentuk yang lain

Friday 13 April 2012








Tenaga


Tenaga di dalam fizik merupakan suatu kuantiti skalar yang menerangkan jumlah kerja yang dapat dilakukan oleh sesebuah daya dan juga merupakan sejenis ciri pada objek dan sistem yang menuruti sebuah Hukum Keabadian. Jenis-jenis tenaga termasuklah tenagakinetikkeupayaanhabagravitibunyicahayaelastik dan elektromagnetik. 


Unit

Unit SI bagi tenaga ialah jouleJ, sempena nama James Prescott Joule. 1 joule bersamaan dengan 1 Newton-meter.




Tenaga boleh baharu


Tenaga boleh diperbaharui ialah tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya suriaanginhujanombak,geoterma, yang boleh diperbaharui secara semula jadi. Teknologi-teknologi tenaga boleh diperbaharui termasuklah kuasa suria,hidroelektrikbiojisim dan bahan bakar bio.






Tenaga tak boleh diperbaharui

  sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber tenaga akan habis suatu hari nanti dan
    tiada penggantinya contohnya

>Minyak dan hasil petroleum – termasuk gasolin, bahan bakar diesel, dan propana
(‘Oil and petroleum products — including gasoline, diesel fuel, and propane’)
>Gas asli (‘Natural gas’)
>Arang batu (‘Coal’)