Wednesday, 2 May 2012

TENAGA

Tenaga ditakrifkan sebagai satu daya atau kemampuan untuk
mengoperasikan kerja atau menghasilkan sesuatu

TENAGA EKSOGENIK

Tenaga eksogenik ialah tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu dari matahari.Tanpa tenaga ini bumi akan mati.Tenaga yang diterimabumi adalah dalam bentuk bahanganyang kemudiannya ditukarkepada tenaga haba.


TENAGA ENDOGENIK


Tenaga endogenik ialah tenaga dalaman yang berpunca dari perut bumi misalnya tenaga graviti,radiogenik,dan tenaga haba,dan penting untuk proses-proses tektonik kerak bumi

TENAGA POTENSI

Iaitu tenaga keupayaan yang dimiliki dan disimpan dalam sesuatu jasad kerana kedudukan dan keadaannya.Semua sistem bumi memiliki tenaga ini

TENAGA KINETIK

Tenaga yang terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad.Ia amat
 bergantung kepada halaju pergerakan sesuatu jasad (M) yang 
 bergerak dengan kelajuan (V) akan mempunyai tenaga kinetik
 sebanyak 1/2 MV


TENAGA GRAVITI


Iaitu tenaga yang dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas ke bawah.Ia bergantung pada saiz jisim dan ketinggian jisim itu.


TENAGA HABA


Tenaga kepanasan sesuatu jisim yang diukur dalam darjah celcius dan ada dua


-TENAGA HABA  RASA


Tenaga yang terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan tersebut jadi panas


-TENAGA HABA PENDAM


Tenaga yang terkandung dalam sesuatu jisim sehingga ia dibebaskan.Tenaga ini berasal dari matahari




 




 

No comments:

Post a Comment