http://my.88db.com
Selain berjimat cermat
dalam berbelanja, jangan dilupa bahawa tenaga juga perlu dijimatkan.
Tenaga yang dimaksudkan kat sini bukanlah kudrat anda. Tapi, penggunaan
tenaga baik di rumah mahupun di pejabat. Dulu pun saya pernah tulis
mengenai tip jimat elektrik. Jadi, topik 10 cara mudah jimat tenaga bolehlah dianggap sebagai kesinambungan info tersebut. :)
Gambar - ffaircond.com
1.
Jika anda berhajat memasang penyaman udara, pastikan anda pilih saiz
yang bersesuaian. Ini bagi memastikan anda menggunakannya secara lebih
efisien serta tak membazirkan tenaga.
2.
Sila set kawalan kipas penyaman udara daripada "auto" kepada "on". Ia
kerana pengaliran udara yang sekata penting untuk menstabilkan suhu
bilik.
3. Tetapkan suhu
penyaman udara antara 24 - 26 darjah Celsius (C). Kalau terasa panas
sangat, set suhu pada 24 darjah C. Jika cuaca redup atau hujan, boleh
set pada suhu 26 darjah C. Kalau nak lagi jimat, tak payahlah "on"
ketika hujan.
4. Kalau anda guna pemanas air pula, tetapkan suhunya antara rendah dengan sederhana. Ia dapat jimat tenaga gak.
5. Segerakan memperbaiki sebarang kebocoran paip. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan peralatan pemanas air.
Gambar - Berita Harian Online
6. Mandi dengan menggunakan air pancur lebih menjimatkan berbanding berendam di dalam tab mandi, jakuzi ataupun kolam.
7. Semasa anda memasak, tutuplah periuk atau kuali tu. Ia dapat menjimatkan masa memasak.
8.
Pada musim panas atau cuaca cerah, elakkan penggunaan pengering mesin
basuh. Cahaya matahari mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini
kerana selain menjimatkan elektrik, sinaran ultraviolet yang ada padanya mampu membunuh kuman.
9.
Cabut semua plug peralatan elektrik jika dah selesai menggunakannya.
Sebabnya, peralatan seperti tv dan komputer tetap akan menyerap tenaga
walaupun suisnya dah dipadamkan.
10. Sekiranya dinding rumah atau pejabat anda tak ditebat, jadikan perkakas yang agak berat macam rak buku atau sofa sebagai pengganti. Susun elok-elok perkakas tadi di sekitar ruangan tersebut bagi mencegah kemasukan haba daripada luar serta kehilangan kesejukam dari dalam bangunan.
Itulah langkah-langkah untuk menjimatkan tenaga yang boleh anda laksanakan. Baik ketika berada di rumah mahupun di pejabat. Kat memana pun boleh jimat kalau anda nak! :D
SUMBER: http://jom-jimat.blogspot.com/