Kuasa suria
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Matahari membekalkan kira-kira 1000 watt/meter² pada permukaan Bumi.
Tenaga matahari sekarang digunakan dalam beberapa pengunaan:
- Pemanasan (air panas, pemanasan bangunan, masakan)
- Generasi elektrik (fotovoltaik, enjin pemanasan)
- Penyahmasinan air laut.
Kuasa dari Matahari

Min tahunan penyuriaan teori, pada lapisan teratas atmosfera Bumi (atas) dan pada permukaan Bumi iaitu di atas sekeping meter persegi mengufuk.
Gambar di sebelah kanan menunjukkan sinaran purata sejagat yang dihitung daripada data satelit yang dikumpulkan dari 1991 hingga 1993. Contohnya, di Amerika Utara, penyuriaan purata berukuran antara 125 dan 375 W/m² (3 to 9 kWh/m²/day). [4] Ini adalah kuasa yang boleh diperolehi, dan bukan kuasa yang dibekalkan. Panel fotovolta pada masa kini mengubah kira-kira 15% cahaya matahari tuju kepada elektrik; maka, panel suria di Amerika Syarikat secara berdampingan pada puratanya membekalkan 19 ke 56 W/m² atau 0.45-1.35 kWh/m²/hari. [5] Cakera gelap di gambar kedua di kanan adalah contoh pada kawasan tanah yang, kalau ditutupi dengan 8% panel suria yang cekap, akan menghasilkan lebihan tenaga dalam bentuk elektrik daripada bekalan jumlah tenaga utama dunia di 2003. [6] Sementara ketebatan purata dan nilai kuasa mendatang ditawarkan kepada keupayaan tenaga suria dalam skala kawasan, keadaan yang bersesuaian dengan keadaan tempatan perlu diuji untuk menetapkan keupayaan suria pada tempat tertentu.
Kebimbangan terbaru kini adalah kekaburan global, satu kesan pencemaran yang menyebabkan hanya sedikit cahaya matahari untuk mencapai permukaan Bumi. Ia berkait rapat dengan pencemaran zarah dan pemanasan global, dan kebanyakan kerisauan pada isu perubahan iklim sejagat, tetapi ia juga merisaukan pada penyokong tenaga suria kerana kewujudan terkini dan potensi kekurangan tenaga suria yang ada pada masa hadapan. Aturan magnitud adalah kira-kira 4% kurang tenaga suria yang ada di paras laut pada 1961–90, kebanyakan disebabkan pertambahan pantulan dari awan balik ke dalam angkasa lepas. [7]
Selepas melalui atmosfera Bumi, kebanyakan tenaga matahari adalah dalam bentuk cahaya nampak dan sinaran inframerah. Tumbuhan menggunakan tenaga matahari untuk menghasilkan tenaga kimia fotosintesis. Manusia biasanya menggunakan tenaga ini untuk membakar kayu atau minyak fosil, atau memakan tumbuhan.
No comments:
Post a Comment